DAKWAH SUNNIY


Fadhilat Shalat Tarawih

Posted in Inilah Ahlussunnah Wal Jama'ah,Kenapa Tidak Bermazhab oleh dakwahsunniy pada 14 Oktober 2009

Fadhilat Shalat Tarawih

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawaban dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadhan

 

  1. Kelebihan Shalat Tarawih Malam Pertama

    Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

  2. Kelebihan Shalat Tarawih Malam Kedua

    Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan shalat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

  3. Kelebihan Shalat Tarawih Malam Ketiga

    Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan shalat Tarawih itu agar meneruskan shalatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

  4. Kelebihan Shalat Tarawih Malam Keempat

    Orang-orang yang mengerjakan shalat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

  5. Kelebihan Shalat Tarawih Malam Kelima

    Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

  6. Kelebihan Shalat Tarawih Malam Keenam

    Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

  7. Kelebihan Shalat Tarawih Malam Ketujuh

    Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

  8. Kelebihan Shalat Tarawih Malam Kelapan

    Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bershalat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

  9. Kelebihan Shalat Tarawih Malam Kesembilan

    Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

  10. Kelebihan Shalat Tarawih Malam Kesepuluh

    Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

     

  11. Kelebihan Shalat Tarawih Malam Kesebelas

    Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

  12. Kelebihan Shalat Tarawih Malam Keduabelas

    Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

  13. Kelebihan Shalat Tarawih Malam Ketigabelas

    Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

  14. Kelebihan Shalat Tarawih Malam Keempatbelas

    Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bershalat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

  15. Kelebihan Shalat Tarawih Malam Kelimabelas

    Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

  16. Kelebihan Shalat Tarawih Malam Keenambelas

    Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

  17. Kelebihan Shalat Tarawih Malam Ketujuhbelas

    Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

  18. Kelebihan Shalat Tarawih Malam Kelapanbelas

    Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

  19. Kelebihan Shalat Tarawih Malam Kesembilanbelas

    Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

  20. Kelebihan Shalat Tarawih Malam Keduapuluh

    Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

     

  21. Kelebihan Shalat Tarawih Malam Keduapuluh satu

    Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

  22. Kelebihan Shalat Tarawih Malam Keduapuluh dua

    Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

  23. Kelebihan Shalat Tarawih Malam Keduapuluh tiga

    Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

  24. Kelebihan Shalat Tarawih Malam Keduapuluh empat

    Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan shalat Tarawih pada malam tersebut.

  25. Kelebihan Shalat Tarawih Malam Keduapuluh lima

    Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

  26. Kelebihan Shalat Tarawih Malam Keduapuluh enam

    Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan shalat Tarawih pada malam tersebut.

  27. Kelebihan Shalat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh

    Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

  28. Kelebihan Shalat Tarawih Malam Keduapuluh lapan

    Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

  29. Kelebihan Shalat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan

    Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

  30. Kelebihan Shalat Tarawih Malam Ketigapuluh

    Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah  segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Iklan
Komentar Dinonaktifkan pada Fadhilat Shalat Tarawih

%d blogger menyukai ini: